Expired : 18.06.18

Di mana Muhammad Aniq?

REMAJA lelaki berusia 14 tahun dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu selepas dikatakan keluar rumah untuk menunaikan solat Maghrib di surau di Presint 9, Putrajaya.


Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan mengesahkan, ibu kepada Muhammad Aniq Adli Muhamad Adli sudah membuat laporan polis pada 9.12 pagi hari ini.


“Ibunya baru buat laporan hari ini. Polis akan bantu usaha mengesan dan mendapatkan maklumat lain.


“Siasatan dibuat dan kita buka kertas siasatan di bawah orang hilang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Sementara itu, ibu remaja terbabit turut memuat naik kehilangan Muhammad Aniq pada Facebooknya awal pagi hari ini.


“Minta jasa baik encik atau puan kalau nampak gambar budak lelaki di bawah boleh hubungi saya kadar segera.


“Keluar rumah pada 6 September 2019 (Jumaat) 7.30 malam untuk solat Maghrib di surau Fasa 5A, Presint 9, tapi sampai sekarang belum balik.


“Lokasi Fasa 5 dan 6, Presint 9. Baju-T putih berseluar ‘track’. Mohon hubungi saya 014-3267534. Terima kasih semua,” katanya.


Norlida Ishak Shop