Expired : 18.06.18

“Dia Enjoy Sangat Makanan Penang,”- Nikmati Semangkuk Cendol, Risteena Bawa Tunang Balik Kampung 


Pelakon, Nur Risteena Munim baru-baru ini membawa tunangnya, Isa Khan ke kampung halaman di Pulau Pinang.


Menikmati suasana kota dan keenakan makanan yang terdapat di Pulau Mutiara itu, Isa turut meluangkan masa bersama keluarga Risteena.


“We are in Penang. Yeay! Happy sangat dapat bawak tunang balik my hometown. Dia enjoy sangat makanan Penang.


“Ktorang memang geng makan. So apa yang saya suka makan, dia pun suka. That’s why I love him so much!


“Nanti kita pergi trip tmpat lain pulak kay! Tak sabar nak food hunting lagi dengan awak,” tulisnya sambil disertakan momen indah bersama sepanjang perjalanan di negeri itu. 




Antara aktiviti yang dilakukan mereka sepanjang berada di sana seperti menikmati semangkuk cendol dan meluangkan masa bersama keluarga.


Berlatarbelakangkan lagu 10,000 Hours nyanyian Justin Bieber, video tersebut telah mendapat hampir 200,000 tontonan.






Terdahulu, Isa,26, telah mengumumkan sudah bertunang dengan Risteena pada 23 November lalu sewaktu bercuti di Bali, Indonesia.


Pengumuman itu diadakan dalam sebuah majlis khas sempena sambutan hari jadi dan pelancaran produk milik mereka di Bora Ombak, Putrajaya baru-baru ini.


Video/ Foto : Instagram Risteena


Norlida Ishak Shop