Expired : 18.06.18

"Dia Selalu Bagi Hadiah Kat Orang, Jadi Aku Pun..." - Ini Sebab Shuib Hadiahkan Naim Daniel Jam Tangan Kesayangannya!




Fiza Kamarudin



Hiburan



Pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu mempunyai alasan tersendiri melepaskan jam tangan kesayangannya kepada pemenang Anugerah Juara Lagu 34, Naim Daniel.

Shuib berkata, dia sering melihat Naim menghargai peminat dengan memberikan hadiah kepada mereka tanpa berkira, menyebabkan dia tergerak hati untuk melakukan perkara sama kepada penyanyi Sumpah itu.

"Aku selalu tengok dia bagi hadiah kat peminat tanpa berfikir pun tau. Jadi aku pun tak fikir apa-apa untuk hadiahkan dia jam kesayangan aku ni.

"Malam tadi lepas aku tengok kau menang, aku terus rasa nak bagi kau hadiah," katanya kepada Naim.

Naim ketika itu, tergamam menerima seutas jam tangan edisi terhad berjenama Casio itu dan memeluk Shuib serta berkali-kali mengucapkan terima kasih.

Naim menerima hadiah itu pagi semalam ketika hadir ke konti Hot FM untuk ditemubual selepas kemenangannya di Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34).
 


Dalam perkembangan lain, Naim kini sedang menyiapkan lagu baru untuk penyanyi, Siti Sarah yang juga isteri kepada Shuib dan bakal muncul dengan single baru berjudul Sembah hasil ciptaannya bersama komposer, Ikkie.