v “Dia Tidak Boleh Membaca Terjemahan” – Penerbit Parasite Balas Kenyataan Trump
Expired : 18.06.18

“Dia Tidak Boleh Membaca Terjemahan” – Penerbit Parasite Balas Kenyataan Trump

Mya Amri
Hiburan
“Dia Tidak Boleh Membaca Terjemahan” – Penerbit Parasite Balas Kenyataan Trump
Syarikat penerbit filem Parasite, Neon memberikan kenyataan balas susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mencemuh kemenangan filem Korea Selatan itu di Anugerah Akademi baru-baru ini.

Menurut laporan Awani, Neon menganggap bahawa Trump tidak faham akan terjemahan dalam filem tersebut.

“Boleh difahami. Dia tidak boleh membaca (terjemahan),” kata Neon menerusi akaun Twitter rasminya sementara mengenakan hashtag #Parasite #BestPicture #Bong2020 pada hantaran itu.

Trump pada awalnya bertindak mencemuh filem Parasite ketika menyampaikan ucapan di hadapan penyokongnya dalam satu perhimpunan di Colorado Springs semalam.

BACA:"Teruk Sangat Ke Filem Hollywood?" - Donald Trump Cemuh Kemenangan Filem Parasite Di Oscars

Menerusi ucapan itu, Trump mempertikaikan keputusan Anugerah Akademi mengangkat filem kategori antarabangsa itu sebagai Filem Terbaik di pentas Oscars.
 
Dia turut mengatakan tidak faham dengan filem itu yang berbahasa Korea.

Filem karya Bong Joon Ho itu, pada awal Februari berjaya membuktikan kejayaan filem antarabangsa apabila dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Anugerah Akademi yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Sumber: Astro Awani