Expired : 18.06.18

Diana Rafar Kongsi Gelagat ‘Gila’ Suami, Main Basikal Di Tangga Rumah!


Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pasangan pelakon, Diana Rafar dan Zamarul Hisham yang sama cocok sama padan ini kan?


Terbaru, Diana ada berkongsi beberapa rakaman video yang memaparkan gelagat suaminya yang menghiburkan bersama peminat di Instagram.


Menariknya, Zamarul dirakam sedang mencuba aksi berbasikal di tangga di dalam rumah.


“Pm suruh main basikal dalam rumah… bukan suruh buat perangai mcm ni dalam rumah faham tak???!!!!


“Adui tak pasal2 duk hospital pasal lain  @zamarulhisham93,” tulisnya.




Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat pasangan ini.



Video: Instagram Diana Rafar