Expired : 18.06.18

Didakwa Punca Penceraian Ahn Jae Hyun – Ku Hye Sun, Oh Yeon Seo Tertekan

Didakwa Punca Penceraian Ahn Jae Hyun – Ku Hye Sun, Oh Yeon Seo Tertekan | Artikel | Gempak




Atas







Mya Amri



Hiburan

Didakwa Punca Penceraian Ahn Jae Hyun – Ku Hye Sun, Oh Yeon Seo Tertekan
Pelakon Korea, Oh Yeon Seo dilaporkan mengalami tekanan selepas didakwa menjadi punca penceraian aktor Ahn Jae Hyun dan isterinya, Ku Hye Sun.
 
Perkara itu didedahkan sendiri oleh rakan baik Yeon Seo menerusi satu kenyataan.
 
Menurut rakan baiknya, Yeon Seo mengambil keputusan untuk berdiam diri namun terkejut apabila mendapat tahu dakwaan Hye Sun terhadap dirinya.
 
“Yeon Seo tetap berdiam diri walaupun dakwaan palsu yang melibatkan dirinya bersama Ahn Jae Hyun.
 
“Yeon Seo dan Jae Hyun hanyalah rakan sekerja, tidak ada lebih daripada itu. Sejak gosip mengenai pasangan itu retak sehingga melibatkan penceraian, netizen sudah mula menuding jari terhadap Yeon Seo.
 
“Yeon Seo telah menerima terlalu banyak kritikan sehingga menyebabkan dia mengalami tekanan selepas membaca komen-komen negatif yang dilontarkan kepadanya.
 
“Secara personal Yeon Seo merasakan masalah peribadi dua pelakon itu dapat diselesaikan secara privasi selain percaya pasangan itu dapat berbaik kembali.
 
“Bagaimanapun dia berasa sangat terkejut selepas membaca sendiri tuduhan Hye Sun. Tuduhan tersebut sangat mengarut.
 
“Walaupun dia tidak menyebut nama Yeon Seo namun melalui penulisannya itu jelas menunjukkan orang yang dimaksudkan adalah Yeon Seo.
 
“Sesiapa pun akan bersetuju bahawa ini adalah fitnah secara terang-terangan melalui khabar angin palsu,” jelasnya.
 
BACA: “Dia Bosan, Ubah Fikiran” – Baru Tiga Tahun Kahwin, Ku Hye Sun Dedah Suami Minta Cerai
 
Terdahulu, Hye Sun mendedahkan suaminya, Jae Hyun meminta untuk bercerai pada Ogos lalu.
 
Sumber: Koreaboo, Soompi
 






gspot_ads






Norlida Ishak Shop