Expired : 18.06.18

Digital Wellbeing Pada Pixel 2 Kini Menyokong Fungsi “Flip to Shhh”

Digital Wellbeing adalah antara aplikasi paling menarik yang pernah Google hasilkan. Ia boleh membantu pengguna mengawal diri dari obsesi terhadap peranti pintar. Tetapi ini adalah aplikasi dari Google, jadi banyak fungsi tambahan pada Digital Wellbeing adalah eksklusif untuk peranti Pixel sahaja. Contoh, semasa Digital Wellebing diperkenalkan ia hadir pada peranti Pixel sahaja dan fungs Flip to Shhh adalah eksklusif kepada Pixel 3 dan 3 XL sahaja.



Flip to Shhh adalah fungsi gestur untuk mensenyapkan peranti dengan menterbalikkan peranti. Fungsi ini akhirnya diberikan kepada pengguna Pixel 2 dan Pixel 2 XL. Fungsi ini diedarkan secara berperingkat melalui aplikasi Digital Wellbeing versi beta. Cuma sehingga hari ini, ramai yang masih tidak faham kenapa Google tidak berikan sahaja fungsi ini kepada semua pengguna Pixel. Cuba Google contohi sahaja Apple, yang berikan kemaskini kepada semua peranti iPhone mereka.


Kemaskini Aplikasi Digital Wellbeing Di Play Store


Norlida Ishak Shop