Expired : 18.06.18

Dikatakan ‘Dirasuk Syaitan Lagi’, Chef Wan Balas Sindiran Najib Razak

Terasa hati dan agak terkilan dengan sindiran Datuk Seri Najib Razak terhadapnya yang dikatakan sudah dirasuk syaitan sekali lagi gara-gara kenyataan isu peneroka Felda pemalas, Chef Wan tampil membalas sindiran tersebut.



Menurut Chef Wan, Najib tidak memahami maksud sebenar disebalik tulisannya di akaun Istagram dan sengaja ingin memutarbelitkan kenyataan itu untuk menjatuhkan nama baiknya.



Chef Wan juga berkata Najib juga telah bersikap hipokrit sebelum ini. Tidak perlu untuk mencampuri urusan orang lain.



Maksud perumpamaan ‘beranak macam kucing’ bukanlah untuk menghina semua golongan peneroka tetapi hanya segelintir sahaja.



Menurut Chef Wan, tidak mustahil tindakan Najib ini berpunca daripada rasa tidak puas hati apabila dirinya menerima anugerah Ikon Felda.


Selepas menerima pelbagai respon dan mendapat perhatian, kenyataan Najib yang dimuat naik di Twitter itu nampaknya sudah dipadamkan.


Norlida Ishak Shop