Expired : 18.06.18

Dilihat Semakin Sopan Dalam Berpakaian, Tasha Shilla Akui Mahu Berubah

Meskipun dikenali dengan imej seksi sebelum ini, namun pelakon Tasha Shilla kini dilihat makin sopan dalam imej terbarunya selepas mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Atiq pada Februari lalu.


tasha shilla seksi


Menurut Tasha, sebagai seoarang insan bergelar manusia, dirinya sentiasa mahu cuba menjadi yang lebih baik hari demi hari.









Katanya, suami langsung tidak pernah meletakkan apap-apa syarat dalam soal berpakaian. Hal ini kerana, Tasha dianggap cukup matang untuk membuat keputusan sendiri dalam menjaga imej dirinya sebagai seorang isteri.


Tambah Tasha, kehidupannya kini juga bagai berubah selepas bergelar isteri. Ujar Tasha, beliau mengaku perjalanan hidupnya menjadi lebih bermakna dan bahagia kerana suaminya banyak berkongsi cerita dan melakukan aktiviti bersama malah tidak lekang melaksanakan tanggungjawab masing-masing.