Expired : 18.06.18

Dipalit kontroversi Piala Malaysia, Presiden PAFA letak jawatan

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim yang dipalit kontroversi berhubung Piala Malaysia, mengumumkan perletakan jawatan hari ini.


Pengumuman itu dibuat sehari selepas Hasnul menegaskan tidak akan tunduk terhadap desakan penyokong yang mahu beliau berbuat demikian.


Menurut Hasnul, keputusan itu dibuat untuk memberi tumpuan kepada tugas sebagai Exco kerajaan negeri Perak.


Beliau berkata, keputusan itu bukan disebabkan oleh tekanan daripada mana-mana pihak.


“Namun saya tidak menafikan keputusan ini juga serba sedikit disebabkan desakan daripada penyokong,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif PAFA di sini, hari ini.


Hasnul sebelum ini menjadi mangsa kecaman netizen ekoran tindakannya bergambar bersama Piala Malaysia di tepi kolam renang sehingga tular di media sosial.


Beliau sebelum ini sudah memohon maaf atas tindakannya itu sambil mejelaskan bahawa tindak-tanduknya didorong rasa teruja ekoran kemenangan Perak.


Sementara itu, Hasnul memberitahu, beliau akan menyerahkan surat rasmi perletakan jawatan itu dalam masa terdekat.


The post Dipalit kontroversi Piala Malaysia, Presiden PAFA letak jawatan appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop