Expired : 18.06.18

Dipuji lebih baik dari Najib, Anwar usah teruja sangat – Zaid

Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan supaya tidak terlalu teruja dengan kenyataan bahawa beliau pemimpin lebih baik berbanding bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Presiden PKR itu jangan terlalu gembira dengan pujian yang dilontarkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam.


Zaid menghimbau pujian-pujian Dr Mahathir kepada tokoh-tokoh lain tetapi berakhir dengan peristiwa yang malang.


Katanya, Anwar sebelum ini juga pernah dikatakan lebih baik berbanding bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba namun ia tidak berjaya menyelamatkan karier politik Anwar apabila disingkirkan daripada kerajaan dan UMNO ketika diketuai Dr. Mahathir pada lewat 1990-an.


Tambahnya, hal sama berulang apabila Najib juga pernah dianggap lebih baik berbanding bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi namun kemudian Dr. Mahathir akhirnya berjaya menumbangkan Najib.


“Mula-mula Anwar lebih baik berbanding Ghafar. Ia tidak menyelamatkan Anwar. Kemudian Najib lebih baik berbanding Pak Lah, ia juga tidak menyelamatkan Najib.


“Kini Anwar lebih baik berbanding Najib. Saya rasa Anwar jangan terlalu teruja. Masih panjang lagi,” katanya menerusi ciapan dalam akaun Twitter beliau hari ini.


Mengikut laporan temu bual dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan semalam, Dr. Mahathir berkata Anwar adalah pemimpin lebih baik berbanding Najib untuk memimpin negara walaupun pernah meragui keupayaan Presiden PKR itu pada masa lalu.


Sejak Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum Ke-14, spekulasi liar yang sukar dipadamkan ialah Dr. Mahathir dikatakan tidak akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar seperti dipersetujui dan perkara sama turut disebut dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ketika ini.


The post Dipuji lebih baik dari Najib, Anwar usah teruja sangat – Zaid appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop