Expired : 18.06.18

Disamun suami, wanita cedera diikat, dibelasah

Polis Kota Setar memburu lelaki etnik Rohingya yang memukul dan melarikan wang tunai serta barang kemas yang disimpan isterinya. ― Paparan skrin GooglePolis Kota Setar memburu lelaki etnik Rohingya yang memukul dan melarikan wang tunai serta barang kemas yang disimpan isterinya. ― Paparan skrin GoogleALOR SETAR, 14 Mac ― Seorang wanita ‘disamun’ suaminya sendiri selepas dia diikat dan dibelasah, Khamis lalu.


Anwara Abdul Hashim, 28, cedera di leher, tangan dan kaki akibat perbuatan suaminya, 37 tahun, dengan dibantu adik dan rakan, lapor Harian Metro. 



“Mereka mengikat tangan dan kaki dengan tali manakala mulut dengan kain sebelum suami terus memukul kepala dan badan saya,” katanya.


Suaminya, juga etnik Rohingya, melarikan wang tunai RM4,000 dan barang kemas bernilai RM9,000 di Taman Perindustrian Kristal, Mukim Pumpung di sini, sekitar 2 pagi.


“Dia memberitahu ingin wang segera kerana mahu pulang ke Bangladesh dan terus mengambil wang tunai milik adik dan bapa saudara yang disimpan oleh saya”.


Timbalan ketua polis daerah Kota Setar Supt Yazri Ismail berkata suspek sedang diburu. Kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.


Norlida Ishak Shop