Expired : 18.06.18

Disangka bau mayat, rumah diserbu polis kerana bakar belacan di Perancis

BUKAN mudah untuk menahan keinginan menikmati makanan tradisi ketika sedang berada jauh di perantauan.


Kepada mereka yang berada di luar negara, ada yang sanggup dikirimkan rempah ratus atau perisa asli tempatan walaupun terpaksa membayar kos yang tinggi.


Makanan seperti belacan tidak terkecuali.


Namun, tidak semua jenis makanan kampung boleh diterima oleh rakan-rakan di luar negara, malah, jika tersilap percaturan boleh mengundang ‘bala’.


Itulah yang terjadi kepada seorang rakyat Malaysia yang terpaksa berdepan serbuan polis gara-gara belacan yang dibakarnya disangka bau mayat oleh jiran-jiran.


Peristiwa itu dikongsi seorang pemuda, Zulfo Mahadi di Twitter yang menceritakan kembali kenangan kawan isterinya yang teruja mendapat belacan ketika menetap di Perancis.


“Pengalaman kawan wife aku yang tinggal kat France, dia excited dapat belacan, lepas tu grill belacan kat apartment sebab nak buat sambal belacan,” katanya.



Pengalaman kawan wife aku yg tinggal kat France, dia excited dapat belacan, lepas tu grill belacan kat apartment sebab nak buat sambal belacan sekali polis ketuk pintu nak siasat sebab ada terima report dari kejiranan ada bau mayat 
</div>
<script async src=
Norlida Ishak Shop