Expired : 18.06.18

Disyaki fitnah dipukul dalam penjara, Wan Ji disiasat polis

AKTIVIS PKR, Wan Ji Wan Hussin dilapirkan kini berada dalam siasatan polis kerana disyaki menyebarkan fitnah kononnya mendakwa dirinya dipukul semasa dalam penjara.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmad berkata, siasatan ke atas ahli PKR itu susulan laporan polis oleh pihak penjara ke atas Wan Ji dan perkara itu sedang disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.


Beliau juga mengesahkan bahawa polis menyiasat pendakwah itu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Wan Ji dipenjarakan pada 9 Julai selepas rayuannya terhadap sabitan menghasut gagal, di mana beliau dituduh menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Mahkamah Tinggi Shah Alam juga meningkatkan hukuman penjara daripada 9 bulan kepada 12 bulan dan mengarahkan agar hukuman berkuat kuasa serta merta.


Selepas berjaya mendapatkan penangguhan hukuman, Wan Ji dalam satu kuliah agama dilaporkan mendakwa dia dipukul seorang warden di penjara.


“(Dia suruh) Buka spec. Dah buka, tu bam bam, tiga kali dia bagi. Apa salah aku? (Warden) Yang lain gelak-gelak, bukan nak halang pun,” katanya.


Difahamkan, Wan Ji belum membuat laporan polis walaupun sudah diminta berbuat demikian termasuk oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


The post Disyaki fitnah dipukul dalam penjara, Wan Ji disiasat polis appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop