Expired : 18.06.18

Disyaki sokong pengganas, polis tahan dua wakil rakyat

Dua wakil rakyat ditahan polis kerana mereka disyaki menyokong pertubuhan pengganas. — Foto AFP
Dua wakil rakyat ditahan polis kerana mereka disyaki menyokong pertubuhan pengganas. — Foto AFP

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Dua Ahli Dewan Undangan Negeri ditahan kerana disyaki menyokong pertubuhan pengganas.

Perkara itu disahkan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi Bernama. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.


Satu sidang media akan diadakan di Bukit Aman pada 4 petang ini berhubung perkara itu. —  Bernama


Norlida Ishak Shop