Expired : 18.06.18

Ditegur berimej seksi, Reen Rahim selesa ‘apa yang dipakai’

Pelakon Reen Rahim terima sebarang teguran dengan hati terbuka. — Foto ihsan Instagram/reenrahim
Pelakon Reen Rahim terima sebarang teguran dengan hati terbuka. — Foto ihsan Instagram/reenrahim

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Pelakon Reen Rahim menerima segala teguran dan kritikan positif berhubung isu pemakaiannya yang dianggap seksi ketika bercuti di sebuah pulau baru-baru ini.

Katanya, ia merupakan perkara biasa dan tetap akan memakai apa sahaja jenis pakaian yang dirasakan selesa, lapor Harian Metro.


“Biarlah orang nak cakap apa pun kerana itu hak individu.


“Apa yang penting, saya selesa dengan apa yang dipakai dan menjadi diri sendiri,” katanya.


Pelakon drama bersiri Pujaan Hati Kanda itu sebelum ini memuat naik tiga keping fotonya yang dianggap seksi oleh warga maya sewaktu bercuti di sebuah pulau peranginan.


Reen bagaimanapun bertindak menutup ruangan komen.


Norlida Ishak Shop