Expired : 18.06.18

Dituduh menipu, Najib tunjuk bukti pejabat ditembak

Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mendedahkan biliknya di pejabat Umno Pekan pernah ditembak senjata sejenis sniper sebelum PRU14. — Foto oleh Miera Zulyana
Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mendedahkan biliknya di pejabat Umno Pekan pernah ditembak senjata sejenis sniper sebelum PRU14. — Foto oleh Miera Zulyana

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Selepas didakwa berbohong menerima ancaman tembakan, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengemukakan bukti mengenai kejadian tersebut.

Berkongsi di media sosial, bekas perdana menteri menunjukkan dua keping gambar, laporan polis dan kenyataan media atas kejadian dua tahun lalu.


“Ada yang tuduh saya menipu mengenai ancaman keselamatan yang berlaku pada 2017. Ok saya sambung pendedahan ini dengan gambar sekali,” coretnya.


“Ini juga antara sebab perlindungan keselamatan Unit Tindakan Khas (UTK) kepada saya ditingkatkan antara 2017 ke 2018.”


Dalam hantaran itu, selain gambar cermin pejabat yang berlubang, juga terdapat beberapa anggota pihak berkuasa sedang melakukan siasatan termasuk aduan pembantunya di balai polis Pekan.



Ada yang tuduh saya menipu mengenai ancaman keselamatan yang berlaku pada tahun 2017.

Ok. Saya sambung pendedahan ini.

Dengan gambar sekali.

Ini juga antara sebab perlindungan keselamatan UTK kepada saya ditingkatkan antara 2017 ke 2018. pic.twitter.com/HcaWA6UsJu


— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) August 9, 2019

Najib sebelum ini mendedahkan biliknya di pejabat Umno Pekan pernah ditembak senjata sejenis sniper sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


Bekas menteri kewangan menyatakan, penembak menyasarkan sudut cermin pejabat tersebut pada jarak 200 meter.


Norlida Ishak Shop