Expired : 18.06.18

DIY Mesin Basuh Mini Untuk Si Kecil, Rupanya Boleh Basuh Baju Betul-Betul!




Setiap hujung minggu para ibu dan bapa pasti sentiasa mencari aktiviti baru yang menyeronokkan untuk diisi bersama anak-anak di rumah. Lebih-lebih lagi anak yang sedang bercuti dan memerlukan aktiviti untuk diluangkan bagi mengelakkan mereka rasa bosan. Oleh itu, wanita ini telah kongsi aktiviti DIY mesin basuh mini yang anda boleh buat serta main bersama anak ketika di rumah.


Mesin Basuh Mainan DIY







Hari ni, bangun-bangun tidur je Fydh terus tanye mesin basuh dia mana.. Ekeke.. Puas hati tengok anak suka main mesin basuh mainan DIY yang saya buatkan untuk dia. Sebelum ni saya pernah buatkan mesin basuh mainan dari kotak.. Tapi dak Fydh ni gi main-main jirus air lak. Faham-faham lah bila kotak dah kena air kan. Bila cakap mesin basuh tak boleh kena air sebab buat dari kotak, Fydh cakap. “Kan mesin basuh ada air”. Betul juga apa yang dia cakap tu. Hahah.


SEAKAN-AKAN OBJEK SEBENAR











Fydh ni bila dia main pretend play, dia selalu nak barang seakan-akan objek sebenar. Dulu saya dah buatkan dapur mainan yang ada efek ‘api-api’. Kali ni saya terpaksa carik ilham & idea nak buat mesin basuh yang boleh kena air (sebab malas nak buat banyak-banyak kali).






GUNA STORAGE BOX, BEKAS PLASTIK, KADBOARD PLASTIK



Last-last dapat idea buat mesin basuh mainan ni guna storage box & bekas plastik, kadboard plastik (impra board/corru board).. Dijamin mesin basuh mainan kali ni boleh kena air. Dak Fydh ni suka sangat mesin basuh sebab suka tengok kain/air berpusing kat dalam drum tu.. Alang-alang nak buatkan mesin basuh mainan, saya tambahkan features boleh pusing-pusing juga.





Boleh lah anak buat latihan tangan sekali. Hehehe, Mesin basuh ni, anak nak jirus-jirus air & main kat bilik air pun dah takde masalah. Lepas main basuh-basuh baju, latih dak Fydh jemur & guna penyepit baju pula.



Banyak aktiviti yang boleh dikaitkan dengan main mesin basuh ni sebenarnya.


*Mudah je kan? Boleh buat di rumah bersama anak & tingkatkan daya kreativiti masing-masing.


Sumber: Yatie Eimra










Recommended for you






Norlida Ishak Shop