Expired : 18.06.18

DIY Rak Dapur Mainan Anak Dengan Bajet RM 100, Confirm Tahan Lama!

“Aduhai, mahalnya barang mainan anak-anak aku yang dijual di pasaran ni. Terutamanya rak dapur mainan, cekik darah!”


Memang diakui barang mainan kanak-kanak yang dijual di pasaran antaranya mempunyai harga yang mahal dan tidak boleh diterima akal. Ada juga yang boleh didapati dengan harga yang murah dan berpatutan iaitu menerusi pembeli online tetapi kualitinya pula tidak tahan lama.


Oleh itu, ibu ini mengambil salah satu inisiatif untuk DIY sendiri mainan anak-anak supaya dapat jimat. Salah satu mainan yang boleh dibuat dengan sendiri adalah rak dapur mainan yang hanya menelan kos RM 100 sahaja. Memang berbeza dengan harga yang dijual di luar!


My Made By Mom Dapur Mainan



Tengok harga dapur kanak kanak dekat IK** waaaah ternganga. So this is my project for my kiddos, yang paling best cost paling tinggi pun RM100 sahaja save rm300! Tu pun sebab beli barang sikit dekat kedai hardware sebab lupa nak beli dekat Mr. Diy

Senang sangat nak buat..iron lady macam saya pun mengambil masa max 2 jam saja (ni pun sebab power screwdriver takleh fungsi..kena putar guna kuasa tangan). So sini la step hy step nak buat dapur mainan kanak-kanak.


P/s Ini adalah tips dari saya untuk mainan dapur yang tahan lama (anak ganas dan kalau taknak guna boleh jadi perabot anak pulak)


1. Kenapa tak beli yang RM 300 tu dari shopee ke lazada?


– Dah beli tapi yang tu senang tercabut dan patah melainkan gam dengan gam kuat selepas buat


2. Kenapa tak buat dari kotak? Cost jauh lagi murah


-Dah…tapi sekali lagi kotak tak tahan lama dan senang koyak..jika dapat kotak besar kotak banyak boleh buat lagi besar. 


Ini adalah cubaan saya kali ke 3 untuk buat dapur kuat (tahan lama dan tahan ganas anak-anak) serta boleh pelbagai guna (taknak tempat masak boleh jadi perabot kemudian hari)


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN



1. Alamari – rm69.90

2. Penyangkuk – rm7.50 (dekar Mr.Diy rm2 je)

3. Sticker (rm2.80)

4. Kertas a4 sticker (rm 4 rasanya)

5. Bakul (takde dalam gambar,beli dekat daiso tp Me diy pun ada) – rm5.90x 3


Beli rak ni dekat tesco rm69.90 (masa cny lagi murah..terlepas sale).Yang lain boleh beli dekat Mr. DIY.


STEP-BY-STEP


1. Lepas install almari rupa macam ni. Saja amik yang ada design ni sebab anak suka main buka tutup.



2. Sesi melekat sticker. Pastikan masa beli sticker beli jenis satu kertas a4 tu sticker. Saya silap beli nampak macam a4 tapi sebenarnya dah kena potong jadi label kecik..tula kena lekat satu satu. Gambar tu saya cari dan print dari internet.


diy rak mainan


3. Ni maksud saya bakul putih yang takde dalam gambar bahan awal..nak beli bakul lain size lain pun boleh.



4. Lekat penyangkuk…bakul saya letak macam ni.



5. Tada! Inilah hiasan yang saya letak.




6. Saya buat extra tempat gantung dekat tepi nak letak menu dan apron




Sumber : Fizah Sobri  via Sirap Limau


 


The post DIY Rak Dapur Mainan Anak Dengan Bajet RM 100, Confirm Tahan Lama! appeared first on ~~~ Kepala Paip ~~~.


Norlida Ishak Shop