Expired : 18.06.18

DIY Rak Rempah Mudah Dan Cepat Dengan Total ‘Hangus’ RM 2.10 Je!




Suasana yang kemas dan susun atur barangan masakan di dapur amat penting supaya dapur anda kelihatan luas dan selesa walaupun sebenarnya tidak. Perkakasan kecil seperti bekas rempah, gula dan garam ini selalu terlepas dari pandangan anda dan hanya meletakkan bekas-bekas ini di merata-rata tempat. Jadi, untuk memudahkan anda menggapai bahan-bahan kecil ini ketika memasak, mestilah kena ada rak khas yang sesuai kan? Oleh itu, diharapkan perkongsian diy rak rempah ini dapat membantu!


MACAM MANA NAK DIY RAK REMPAH YANG MUDAH DAN CEPAT?


Santai-santai ni hani nak kongsi cara hani diy rak rempah dari barang Eco. Haritu ada promosi rempah dalam botol ni berharga rm2-4 satu. Memandangkan kebanyakan nya hani belum ada di rumah (sebenarnya sebab label nya colorful haha), hani fikir boleh juga beli kan. Haha alasan sangat. Selepas tu mula lah misi mencari rak penstoran yang sesuai haha sbb seperti yang hani selalu cakap setiap benda mesti kena ada rumahnya kan lagi pulak, laci rempah ratus hani dah penuh.






Jenuh mencari tapi tak jumpa haha akhir nya hani Diy je sndiri dari besi (cooling rak namanya) ni. dengan kos rm2.10, hani dapat satu rak rempah yang sesuai dgn saiz botol rempah hani tu. Hani ada kongsi tutorial kalau siapa yg nak buat juga di rumah.


Barang yang perlu ada











Cooling rack
Plier (ada kat rumah dah)
Cable tie (ada kat rumah dah)






Optional
Spray paint (boleh guna lacquer spray paint)


STEP BY STEP


1. Gunakan plier ratakan tiga segi tu (macam dalam gambr sebelah)




2. Lepas tu ukur dan tanda kat mana kita nak lipat dia.



3. Lipat lah (guna plier)- Mungkin memerlukan kekuatan suami hahaha adoi tak larat hani nak lipat sorang-sorang.Keras juga benda alah ni.



4. Lipat lagi satu utk jadikan dia bentuk U



5. Ikat dengan cable tie kat hujung utk elakkan botol tu jatuh dari sisi rak.



6. Dah siap!




*Barulah teratur barangan dekat dapur tu!


Sumber : Hani Mynis












Norlida Ishak Shop