Expired : 18.06.18

DJI Osmo Pocket Ialah Kamera Gimbal Padat Yang Boleh Disimpan Di Dalam Kocek

Dengan gimbal video yang kelihatan lebih profesional boleh dihasilkan walaupun anda seorang amatur. Ia amat popular di kalangan peminat videografi khususnya penggalak media sosial. Tetapi gimbal yang ada di pasaran adalah besar dan sukar untuk dibawa. DJI Osmo Pocket ialah jawapan kepada masalah ini kerana ia mempunyai rekaan padat bagi membolehkannya disimpan mudah di dalam kocek seluar.



DJI Osmo Pocket hanya setinggi empat inci tetapi mengekalkan sistem penstabilan tiga aksi seperti DJI Osmo Mobile 2. Ia dilengkapi sensor kamera 12-Megapixel dengan kemampuan rakaman video 4K 60FPS. Pada bahagian pemegang terdapat pilihan sambungan USB-C, mikroUSB dan Lightning untuk peranti Android serta iOS. Sungguhpun padat ia masih hadir dengan fungsi menarik seperti Night Shot, FPS dan Tracking. Pra-tempahan telah dibuka dengan harga jualan $349 (~RM 1463) sebuah.



Norlida Ishak Shop