Expired : 18.06.18

DMPK Kuala Krau Hantar Kek Ulang Tahun Polis


Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Krau hari ini mengambil inisiatif menghantar kek ulang tahun kepada pihak Polis di Bandar Jengka bagi menghargai jasa mereka yang kini kebanyakan meneruskan kerja kerja memastikan rakyat Malaysia terus duduk di rumah semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan ini.







Kek tersebut telah di sampaikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Krau Puan Rohaya Razali.




DMPK Kuala Krau mendoakan agar semua barisan hadapan yang kini sedang bertungkus lumus untuk mengekang wabak yg menular ini diberi kekuatan oleh Allah swt.







DPMK Kuala Krau juga menyeru semua rakyat Malaysia mematuhi PKP ini dan bersama memberikan kerjasama dalam menyekat penularan wabak Convid19 ini.







DPMK Kuala Krau juga mengharapkan agar semua umat Islam terus menerus bermunajat kepada Allah agar wabak ini dapat dihentikan segera yang mungkin, kita telah berusaha dengan mengikut saraan kerajaan sebagai satu ikhtiar, kemudian kita bertawakkal maka hanya Allah sahaja yang berkuasa memberikan yang terbaik buat kita semua insya Allah amin.



The post DMPK Kuala Krau Hantar Kek Ulang Tahun Polis appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).