Expired : 18.06.18

Doakan tiada penyakit serius

PELAWAK Man belum mengenal pasti punca penyakit dihidapi selepas mengalami perubahan pada tubuh badannya.


Man atau atau nama sebenarnya Abd Rahman Kassim, 41 berkata, rata-rata kenalan rapat juga mengatakan wajahnya kelihatan lesu dan tidak bermaya.



“Ramai yang tegur saya kelihatan berbeza daripada sebelum ini walaupun saya rasa okey.


“Sehingga kini saya belum menjalani sebarang pemeriksaan di hospital jadi tidak dapat mengenal pasti punca penyakit.


“Bagaimanapun ada kawan memberitahu saya mungkin menghidap penyakit kencing manis jika dilihat pada perubahan tubuh badan yang sedikit susut,” katanya.


Man ditemui selepas konsert Minggu Pertama Maharaja Lawak Mega 2018 berlangsung di Shah Alam, baru-baru ini.


Pada penganjuran kali ini Man bergandingan dengan pelawak Tauke menerusi kumpulan Taman.


Menurut Man, dia akan membuat pemeriksaan perubatan di hospital memandangkan ramai yang menegur keadaan dirinya.


“Insya-Allah saya akan melakukan pemeriksaan rapi dalam waktu terdekat.


“Doakan agar tiada penyakit yang serius. Terima kasih kepada rakan-rakan serta peminat yang masih mengambil berat terhadap dirinya saya,”katanya.


Norlida Ishak Shop