Expired : 18.06.18

Dr Mahathir Menteri Pelajaran…Wan Azizah Menteri Wanita dan Kebajikan


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan pegang portfolio Menteri Pelajaran manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Timbalan Perdana Menteri diberi portfolio Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.

 

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai Menteri Dalam Negeri, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan manakala Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.

 

Dr Mahathir beritahu sidang akhbar di Petaling Jaya Khamis seramai 13 Menteri dijadual angkat sumpah jawatan pada Isnin ini.

 

Sebelum ini Dr Mahathir ada memberitahu mereka yang ada kes tidak dapat lagi dilantik.

 

Guan Eng kini sedang hadapi perbicaraan kes rasuah dan salahguna kuasa di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

 

Jawab soalan Dr Mahathir mengakui kelewatan menamakan menteri yang lain kerana ada pertindihan kehendak dikalangan empat parti komponen Pakatan Harapan.

 

Katanya buat permulaan kerajaannya cuma akan bentuk 25 kementerian sahaja dan jika perlu akan tambah kemudian.- 17/5/2018

 

Norlida Ishak Shop