Expired : 18.06.18

Dr Noor Hisham qudwah baik kepada rakyat


TAHNIAH Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.


Saya perhatikan saban hari, ribuan rakyat Malaysia menantikan sidang media yang menampilkan Ketua Pengarah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Biar pun tajuknya sama dan pembentangnya sama, namun orang ramai tidak pernah jemu mendengar penerangan yang diberikan dengan penuh tenang, teratur dan dalam bahasa yang mudah difahami oleh orang kebanyakan.


Meskipun kelihatan penat, KP KKM tidak pernah menolak sebarang soalan yang dikemukakan para wartawan dan sebahagian soalan telah pun ditanya pada hari-hari sebelumnya.


Beliau jelas menguasai apa yang berlaku di lapangan dan memegang organisasi KKM serta agensi yang berkaitan dengan kemas.


Tanpa ragu, Dr Noor Hisham adalah hero dan qudwah yang baik kepada rakyat Malaysia daripada semua latar belakang.


Saya doakan Datuk dapat rehat yang cukup, dianugerahi kesihatan yang baik dan diganjari kebaikan yang sebanyaknya dari Allah SWT.


Prof Zainur Rashid Zainuddin

Naib Presiden ISMA


Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).




The post Dr Noor Hisham qudwah baik kepada rakyat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.