Expired : 18.06.18

Dr Sahruddin sah MB Johor yang baru

Desas-desus siapa menteri besar Johor yang baru akhirnya terjawab apabila ADUN Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal sah dilantik menggantikan Datuk Osman sapian.


Hal itu disahkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebentar tadi.


“Saya harap beliau akan dapat memikul tanggungjawab dengan jujur, ikhlas dan amanah, serta mengutamakan kepentingan negeri berbanding kepentingan diri atau politik, demi kesejahteraan hidup rakyat dan kemakmuran ekonomi Johor,” titah baginda di laman Facebook.


Menurut Sultan Ibrahim,  baginda juga mahukan Sahrudin memberi keutamaan kepada isu pencemaran sungai bagi memastikan sumber air mentah sentiasa bersih dan mampu bertahan untuk jangka masa panjang.



Dr Sahruddin dari Parti Pribumi Bersatu Johor (Bersatu) merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong manakala Mohd Khuzzan, yang juga ADUN Semerah itu, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri.


Dr Sahruddin disebut-sebut bakal menteri besar selepas dipilih menjadi wakil rasmi kerajaan Johor ke Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura yang berlangsung di Putrajaya baru-baru ini, sehari selepas peletakan jawatan Osman.


The post Dr Sahruddin sah MB Johor yang baru appeared first on NewMalaysianPost.com.


Norlida Ishak Shop