Expired : 18.06.18

Dron DJI Tello Edisi Iron Man Dilancarkan Sempena Avengers End Game

DJI Tello ialah antara dron terkecil yang dipasarkan di Malaysia. Kerana saiznya yang padat, dron ini dijual pada harga di bawah RM500 dan adalah jauh lebih murah berbanding dron bersaiz biasa. Sempena tayangan Avengers End Game hujung bulan ini, DJI Tello edisi Iron Man telahpun dihasilkan.



Ia adalah dron yang sama dengan sistem empat kipas, rakaman video 720P, kamera 5MP, dan kemampuan terbang sehingga 13 minit dengan sekali caj. Perbezaan hanyalah pada rekaan yang tubuh yang kini berwarna merah Iron Man dan penjenamaan Stark Industries. Bagi yang berminat Tello edisi Iron Man ini dijual pada harga $129 (~RM 528) sebuah.



Norlida Ishak Shop