Expired : 18.06.18

Dron terangi Langkawi bagi Projek Demonstrasi 5G

LANGKAWI, 24 Jamadilawal 1441H, Isnin – Satu pertunjukan dron yang merupakan sebahagian daripada acara pelancaran Projek Demonstrasi 5G, memukau mata memandang dan menerangi langit pulau legenda malam tadi.


Dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan salah seorang yang menyaksikan acara itu, pertunjukan selama 15 minit menampilkan sejumlah 550 dron yang terbang serentak dalam pelbagai formasi – satu persembahan yang menakjubkan untuk dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records.


Sebelum menyaksikan persembahan dron itu, Dr Mahathir menyampaikan ucapannya di Majlis Pelancaran Projek Demonstrasi 5G di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi, di sini.


Dr Mahathir melancarkan pertunjukan itu, dengan menyentuh logo 5G pada satu alat elektronik, dan kemudian dron-dron itu berlepas dan membentuk formasi seekor helang, yang merupakan ikon Langkawi.


Turut hadir menyaksikan persembahan itu ialah isteri perdana menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Al-Ishsal Ishak dan orang kenamaan termasuk menteri dan pemimpin dari beberapa negeri.


Dron-dron itu diatur untuk membentuk beberapa formasi antaranya manfaat 5G dalam bidang seperti pertanian, bandar raya pintar dan penjagaan kesihatan digital.


Formasi helang, mewakili kemanusian mengatasi cabaran, kemudian bertukar kepada bentuk sebuah glob yang sedang berputar sebelum menjelma kepada Malaysia Timur dan Barat.


Bentuk-bentuk lain yang menarik perhatian termasuk sebuah lembaga, dengan sebuat set kepala realiti maya sebagai satu simbol satu wawasan untuk semua direalisasikan, satu tangan robot menyentuh satu tangan manusia, bermaksud memacu kemajuan untuk semua serta satu jantung yang berdegup dengan bacaan nadi (meningkatkan kehidupan untuk semua)


Selain daripada itu, terdapat juga formasi sebuah traktor dengan pokok kelapa sawit sebagai simbol memenuhi keperluan yang meningkat untuk semua, juga sebuah kereta pandu sendiri, dengan lampu isyarat trafik pintar membawa maksud memastikan keselamatan untuk semua.


Pertunjukan itu diakhiri dengan formasi logo 5G oleh dron-dron itu.- Bernama


The post Dron terangi Langkawi bagi Projek Demonstrasi 5G appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.