Expired : 18.06.18

DSV Hadiahkan Cik B Buku Nota Louis Vuitton Berharga RM3,000

Ibu mana yang tidak sayangkan anak-anak? Begitu juga dengan Datuk Seri Vida, selalu sahaja ingin memberikan yang terbaik buat anak-anaknya.



Bersempena bermulanya sesi persekolahan 2019, DSV telah menghadiahkan anak perempuannya, Cik B sebuah buku nota  jenama mewah Louis Vuitton berharga RM3,000. Ia adalah ganjaran buat Cik B yang rajin ke sekolah.


Rata-rata netizen agak cemburu dengan kehidupan serba mewah Cik B dan betapa bertuahnya beliau mendapat seorang ibu yang cukup penyayang.



Namun, seperti biasa ada juga pihak yang mengecam DSV terlalu memanjakan anaknya dan seolah-olah ingin menunjuk kekayaannya.


Kalau dah mampu apa salahnya? Lagipun berikan hadiah untuk anak sendiri. Semoga Cik B selalu menghargai jasa ibunya.


Norlida Ishak Shop