Expired : 18.06.18

Dua bot, 16 kru Indonesia ditahan







LAHAD DATU, 7 Ramadan 1440H, Ahad – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot tempatan bersama 16 kru lelaki warga asing di 1.8 batu nautika dari selatan Tanjung Tungku dan Selatan Bagahak pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Abdul Muhaimin berkata, kesemua mereka ditahan kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan kurang tiga batu nautika dari pantai yang menyalahi Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985.

“Pemeriksaan turut mendapati juragan dan awak-awak adalah warganegara Indonesia dan palauh (kaum nomad laud),” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, APMM turut merampas dua gulung pukat tunda serta 200 kilogram ikan pelbagai jenis yang terdapat dalam ruangan kedua-dua bot, untuk siasatan lanjut.

Abdul Muhaimin berkata, pihaknya memandang serius pencerobohan perairan bagi aktiviti menangkap ikan kerana mampu menjejaskan ekosistem sedia ada.

Sehubungan itu, beliau berharap agar masyarakat bekerjasama dengan pihak APMM dalam menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang terutamanya pencerobohan kawasan zon penangkapan ikan oleh bot pukat tunda. -Bernama






 

The post Dua bot, 16 kru Indonesia ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop