Expired : 18.06.18

Dua gempa gegar Sumatera


JAKARTA, 10 Zulhijjah 1440H, Ahad – Dua gempa bumi berukuran melebihi 5 pada skala Richter menggegarkan Pulau Sumatera, Indonesia pada pagi Aidiladha.


Gempa berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku jam 9.11 pagi waktu Indonesia barat, berpusat di km222 Tenggara Enggano-Bengkulu.


Ia susulan gempa berukuran 5.3 pada skala Richter yang berlaku 4.11 pagi tadi, berpusat di Kilometer 93 barat daya Pariaman-Sumatera Barat.


Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG) melaporkan, kedua-dua gempa itu tidak berpotensi tsunami.


Gempa itu turut menggegarkan kawasan Padang, Bukit Tinggi, Mentawai dan Pesisir Selatan.


Setakat ini tiada laporan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa. -Bernama


The post Dua gempa gegar Sumatera appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop