Expired : 18.06.18

Dua lelaki ditahan cuba rasuah polis


JOHOR BAHRU, 27 Rabiulawal 1440H, Rabu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes cubaan memberi rasuah kepada polis dekat Kota Tinggi dua hari lepas.


Menurut sumber SPRM, kedua-dua mereka yang berusia 34 dan 32 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, kira-kira 12.40 tengah hari tadi.


Hasil siasatan dijalankan mendapati kedua-dua suspek cuba merasuah pegawai polis dengan menyerahkan RM5,000 supaya melepaskan kesemua 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditangkap tanpa dokumen dalam satu serbuan Ops Pintas di kawasan IPD Kota Tinggi.


Suspek adalah seorang lelaki warganegara Malaysia dan seorang rakyat Indonesia yang bekerja sebagai buruh ladang kelapa sawit di Felda Papan Timur, dekat Kota Tinggi.


Kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.


Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan. – Bernama


The post Dua lelaki ditahan cuba rasuah polis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop