Expired : 18.06.18

“Dua Ribu Manusia Terkesan Tapi Tidak Isytihar Darurat, Wow Amazing”. Status TMJ Ini Tarik Perhatian Ramai

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim nampaknya tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk tidak mengisytiharkan darurat becana di Pasir Gudang susulan pencemaran kimia yang bermula minggu lalu.


Tunku Ismail berkata darurat sepatutnya diisytiharkan sejak hari pertama ia berlaku.


” Dua ribu orang terkesan tetapi tidak perlu isytihar darurat, wow.


” Sepatutnya sejak hari pertama sudah isytihar darurat dan pindahkan penduduk ke tempat lain buat sementara. Sampai dapat jaminan ia selamat,” ciapnya di Twitter hari ini.


Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat tetapi pada masa sama menasihatkan semua pihak untuk terus berhati-hati dan dalam keadaan bersedia memandangkan masalah itu belum berakhir.



Serentak dengan status TMJ tersebut, rata-rata netizen dan pengikut beliau di Twitter turut bersetuju dengan menulis komen supaya tindakan segera perlu diambil.


” Dan kena berhentikan kilang untuk beroperasi buat seketika. Atau Ada helah dari golongan tertentu ke tunku? Sembah patik mohon diampun.”


” Tunku saya mohon ambil tindakan keatas yang membuang toxic tersebut. Kerana mereka patut dikenakan hukuman yang setimpalnya . Terima kasih.”


” Kami yang merasa sebab kami di PG, sedih melihat anak2 rakan yang menjadi mangsa. Bukan anak mereka..”



TMJ turut dilihat memuat naik status berkenaan keputusan kerajaan yang tidak mahu mengisytiharkan darurat dengan menulis, ” 2000 people affected and no need to isytihar Darurat. Wow.. Amazing..”


TMJ lawat kawasan terjejas


Beliau berkata demikian selepas kunjungannya di beberapa kawasan terjejas di sana dan mendengar taklimat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.


Beberapa pihak telah menggesa agar pengisytiharan itu dibuat, termasuk oleh Anggota Parlimen Pasir Gudang yang membawa usul tergempar di Parlimen semalam.


Tunku Ismail bagaimanapun menerima keputusan kerajaan itu tetapi mencadangkan kawasan yang terjejas dikosongkan buat sementara.


“ Tak isytihar tak apa. Tapi sekurang-kurangnya kosongkan kawasan sehingga semuanya stabil dan selamat,” katanya lagi.


Tunku Ismail dilaporkan melawat Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MMPG) yang dijadikan sebagai tempat rawatan awal bagi meninjau mangsa dan kelancaran operasi.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri Johor, Dr Sahruddin Jamal, setakat malam tadi kira-kira 2,000 orang telah terjejas dengan pencemaran kimia akibat pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang.



Tun M kata tiada keperluan isytihar darurat


Terdahulu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat bencana di Pasir Gudang memandang situasi pencemaran ekoran pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim di Johor dalam keadaan terkawal.


Bagaimanapun, perdana menteri mengingatkan semua pihak untuk terus berhati-hati memandangkan situasi pencemaran masih belum berakhir.


“ Tidak..belum sampai tahap itu (darurat). Kita tidak perlu isytihar darurat, tidak perlu pemindahan, tetapi kita perlu berhati-hati.


“ (Dan) mereka yang ditugaskan untuk mengawal keadaan ini mesti bersedia menangani masalah (kesan pencemaran) yang berlaku,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat mangsa-mangsa pencemaran di Hospital Sultan Ismail ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada keperluan untuk mengisytiharkan darurat bencana dan keperluan untuk memindahkan penduduk dari kawasan zon bencana ekoran pencemaran berkenaan.


Ketika ditanya sama ada yang terburuk berakhir berdasarkan bilangan mangsa akibat kesan pembuangan kimia secara haram Khamis lepas, Dr Mahathir berkata:


” Kita tidak boleh mengatakan yang terburuk sudah berakhir.


” Sebaliknya, kita tidak fikir ia akan menjadi lebih serius daripada sekarang. Tetapi yang penting ialah mereka tahu bagaimana menangani masalah ini, “katanya.


Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Ariana Rose


Sumber : malaysiakini


Norlida Ishak Shop