v Duduk setahun tapi ‘minah saleh’ masih ingat, fasih ‘kecek Kelate’ (VIDEO)
Expired : 18.06.18

Duduk setahun tapi ‘minah saleh’ masih ingat, fasih ‘kecek Kelate’ (VIDEO)

Paparan skrin video menunjukkan seorang wanita berasal daripada UK mahir bertutur dialek Kelantan. — Foto ihsan Twiiter/Mein Syed
Paparan skrin video menunjukkan seorang wanita berasal daripada UK mahir bertutur dialek Kelantan. — Foto ihsan Twiiter/Mein Syed

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Siapa sangka walau hanya setahun tinggal di Kelantan, seorang wanita berasal dari United Kingdom (UK) boleh bertutur loghat negeri Cik Siti Wan Kembang dengan baik.

Tular di Twitter selepas rakaman video perbualannya dengan warga Malaysia yang melancong ke New Zealand dimuat naik seorang pengguna, video itu menunjukkan beliau dengan bersahaja bertutur dialek Kelantan.

“Dulu sayo duduk Kelate setaon, di Kube Kerie (Dulu) saya duduk Kelantan setahun, di Kubang Kerian,” kata wanita itu yang tidak dinyatakan nama dalam klip selama 48 saat.

Dikongsi 7,849 pengguna manakala rakaman berkenaan ditonton lebih 114,000 kali setakat ini, wanita berkenaan mengakui beliau tidak pasti bagaimana beliau loghat Kelantan masih diingatinya.

Impressive, Mat Salleh ni duduk Kelantan setahun, boleh cakap Melayu dengan loghat sekali. Unlike the famous “Malaysian Citizen” yang tinggal berapa puluh tahun di sini tu, sampai kena buat Bahasa Melayu challenge and upload on YouTube. pic.twitter.com/CmwoyBS6AS

— MALAYSIAN