Expired : 18.06.18

Dulu budak kaki lima jual lukisan, kini karya Teme hiasi Istana Negara

Lukisan geometri karya Teme Abdullah antara menghiasi ruang di Istana Negara. — Foto ihsan Twitter/Che Aminah Sayang
Lukisan geometri karya Teme Abdullah antara menghiasi ruang di Istana Negara. — Foto ihsan Twitter/Che Aminah Sayang

KUALA LUMPUR, 6 Sept — Dari budak berjalan di kaki lima dan menjual lukisan untuk menampung kos belajar, kini karya Teme Abdullah mendapat tempat di Istana Negara.

Lukisan geotmetri yang memaparkan wajah Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong yang dibingkai serta enam buku penulis tersebut diminati Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.


“Beberapa tahun lalu... Ada seorang budak. Berjalan-jalan di kaki lima... Menjual lukisan untuk menampung kos pembelajarannya...” kata Teme yang dimuat naik ke Instastory semalam sebelum tangkap layar itu tular.


  Petang semalam, Tunku Azizah sambil berterima kasih kepada Tema memuat naik empat foto bingkai lukisan, buku dan nota ucapan penulis tersebut melalui hantaran Twitter.



terima kasih kpd @itsteme pic.twitter.com/ep5lzV390E


— azizah iskandar (@cheminahsayang) September 5, 2019

Buku yang dikirim Teme berjudul Artikel Jalanan, Pelukis Jalanan, Impian Jalanan, Signature Jalanan, Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama dan Empayar 2: Hikayat Mukjizat Daripada Iblis, semuanya terbitan Iman Publication.


“Menjunjung kasih atas kesudian Tuanku mencemar duli menerima persembahan karya daripada patik, mewakili rakyat yang kasihkan Tuanku,” kata Teme, tidak diketahui nama sebenar, dipercayai berada di United Kingdom kerana meneruskan pengajian peringkat sarjana muda.


“Moga Allah melimpahkan rahmat-Nya ke atas Duli Tuanku. Ampun Tuanku,” kata Teme.


Warga maya memuji lukisan tersebut dan sebahagian mereka menyifatkan buku Teme bermanfaat Dan mudah difahami.


Eddie Yusoff:  Permaisuri, bolehkah Tuanku memberi sebuah anugerah kepadanya, sebuah penghargaan atau sesuatu? dan pamerkan di Twitter. Kami ingin sangat mengetahui bagaimana dia lihat (reaksi Teme).


Iffah: Permaisuri baca Pelukis Jalanan dulu tau. Nanti dah habis baca bagitau la


MA Imam: Ampun Tuanku, murah rezeki Tuanku. Rakyat sayang Tuanku berdua.


Pada 31 Ogos lalu, lukisan geometri Teme mendapat perhatian Tunku Azizah dan baginda menyatakan keinginan untuk mendapatkan hasil karya beliau.


Norlida Ishak Shop