Expired : 18.06.18

Dulu PM Ke Luar Negara Bawa Balik Pelaburan Tapi Sekarang PM Bawa Balik Apa? – Noraini

KUALA LUMPUR, 10 Sept – “Kalau dulu Perdana Menteri keluar negara bawa balik pelaburan dan umumkan hasilnya tetapi kini Perdana Menteri keluar negara namun apa yang dibawa balik? Kenapa tidak umum berapa pelaburan yang dibawa balik?” ujar Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr. Noraini Ahmad.


Tegas beliau, pengumuman tersebut amat penting kerana ia memberi keyakinan kepada pelabur luar untuk masuk ke negara ini.


“Tapi kita tidak tahu apa hasil yang dibawa pulang setiap kali pemimpin kerajaan keluar negara. Nak kata kerajaan baru… bukan lagi sebab sudah hampir dua tahun.



“Saya nampak apa yang kerajaan buat hanyalah memainkan ‘blame game’ bagi menutup kelemahan mereka,” ujar beliau ketika ketika menjadi tetamu jemputan dalam program Wacana Himpunan Penyatuan Ummah yang bertajuk ‘Wanita Penggerak Penyatuan Ummah’ bersama-sama Ketua Muslimat PAS Pusat, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang disiarkan secara langsung menerusi facebook UMNO-Online, malam tadi.


Tambah Noraini, kerajaan perlu berhenti bermain ‘blame game’ kerana rakyat sudah muak.


“Apa peranan kerajaan? Kerajaan kena laksana semua janji-janji mereka, kena pastikan negara terus harmoni, perpaduan utuh dan harus memastikan negara ini menjadi negara di mana orang suka nak melabur, orang suka datang ke sini tapi bila perpaduan itu diusik maka kita lihat apa yang terjadi sekarang ini.



“Pilihan raya sudah lepas… kita terima hakikat yang Barisan Nasional (BN) sudah kalah, jadi kerajaan yang baru kena buat kerja, kena ke hadapan, jangan asyik cari salah, asyik hutang hutang hutang….


“Buat tabung PH, jual aset tapi hutang tak turun juga… ke mana pergi semua hasil jualan aset itu?” bidas beliau.


Noraini turut mempertikaikan peranan kerajaan yang seakan tidak mempedulikan keharmonian kaum di negara ini.


“Saya tidak nampak sebarang usaha kerajaan nak rapatkan perpaduan antara kaum. Kerajaan seakan tidak kisah pasal perpaduan dan sensitiviti terutama penduduk majoriti negara ini.



“Ini terbukti bila Perdana Menteri sendiri kata orang Melayu malas… berulang kali… saya lihat ramai usahawan Melayu… kesian bila memanggil bangsa kita sendiri pemalas.


“… kemudian bila terjadi sesuatu isu yang melibatkan orang Melayu maka individu tersebut akan diberikan hukuman tetapi bila melibatkan bangsa lain terlepas pula. Saya bukan rasis tetapi ini kenyataan. Tengoklah apa yang terjadi kepada ADUN di Perak. Sebab itu ada orang tertanya ini ‘rule of law’ atau ‘rule of jungle’,” bidas beliau lagi. – UMNO ONLINE


Norlida Ishak Shop