Expired : 18.06.18

DxOMark : iPhone XR Menerima Skor 101 – Skor Tertinggi Untuk Kamera Dengan Satu Lensa

DxOMark merupakan nama yang tidak asing lagi dalam menyediakan skor untuk kamera. Selain untuk kamera, mereka turut menyediakan skor untuk rakaman gambar dan video melalui telefon pintar – sekaligus memudahkan pengguna mendapat gambaran mengenai kualiti rakaman yang ditawarkan sesuatu peranti.


DXOMark iPhone XRTerkini, mereka telah pun menerbitkan skor untuk iPhone XR – iaitu salah satu telefon pintar terbaru Apple yang hadir dengan pilihan berwarna-warni, selain hanya menggunakan satu kamera sahaja pada bahagian belakang.


Melalui skor yang diberikan, iPhone XR menerima skor sebanyak 101 – sekaligus mendahului Galaxy S9 Plus, dan hanya satu mata dibelakang Huawei P20. Markah ini sekaligus memposisikan iPhone XR sebagai telefon dengan satu lensa yang mempunyai skor tertinggi buat masa ini.


DxO mengatakan iPhone XR merakamkan gambar dengan baik pada pelbagai keadaan cahaya, selain menawarkan autofokus yang pantas. Walaubagaimanapun, ia dikatakan tidak mempunyai rakaman yang baik ketika zoom, atau rakaman jarak jauh.


Untuk rakaman video pula, ia dikatakan menawarkan penstabilan dan autofokus yang baik – tetapi kadar imbangan putih adalah tidak begitu sekata ketika rakaman dalam bangunan.


Namun, pada skor 101, ia boleh dikatakan iPhone XR antara telefon pintar dengan sokongan rakaman gambar yang baik di pasaran. Bagi anda yang ingin mendapatkannya untuk tujuan fotografi, mungkin boleh membaca lanjut mengenai ulasan DXOMark, sebelum membuat keputusan untuknya.


Norlida Ishak Shop