Expired : 18.06.18

Dyson Membatalkan Projek Kenderaan Elektrik

Dyson yang sedia terkenal dengan penawaran beberapa peralatan elektronik, sebelum ini telah mengumumkan pembangunan kereta elektrik mereka tersendiri. Ia disasarkan untuk pengenalan sekitar 2020/21, dan projek berkenaan diteruskan di Singapura.


Walaubagaimanapun, kini Dyson membuat kejutan dan mengumumkan mereka akan membatalkan projek berkenaan.


Menurut pihak Dyson, langkah ini diambil kerana mereka mendapati projek berkenaan tidak berdaya secara komersilnya. Pekerja sedia ada dalam projek kereta elektrik ini dijangka akan diserap kepada projek-projek lain di dalam Dyson.


Bergerak kehadapan, Dyson akan meneruskan usaha mereka dalam pembangunan berkaitan bateri, serta teknologi lain seperti robotik, pembelajaran mesin dan sebagainya.


Norlida Ishak Shop