Expired : 18.06.18

E3 2019 : Sekitar Pengumuman Hari Ketiga

#E3 akhirnya berlangsung secara rasmi minggu ini dan bersempena dengan itu, kami ingin berkongsi dengan anda 10 pengumuman menarik yang berlangsung sepanjang hari ketiga E3 ini.


10 pengumuman tersebut terdiri daripada persidangan daripada Nintendo, di mana ketika persidangan Nintendo mengumumkan yang mereka sedang membangun sekuel kepada The Legend of Zelda: Breath of the Wild. Mereka juga mengumumkan yang Animal Crossing New Horizon untuk Switch akan dikeluarkan pada 20 Mac 2020.


Selain itu, mereka juga memperlihatkan Luigi’s Mansion 3 yang akan dikeluarkan pada akhir tahun ini. Manakala The Legend of Zelda: Link’s Awakening akan dikeluarkan pada 20 September 2019. Nintendo juga mengumumkan 2 DLC Fighter Pass untuk Super Smash Bros. Ultimate akan menyertakan Hero daripada Dragon Quest dan Banjo Kazooie.


Permainan lain yang diumumkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan Switch adalah olahan semula Trials of Mana oleh Square Enix dan Empire of Sin oleh Paradox Interactive. Akhir sekali, Konami mengumumkan eFootball PES 2020 akan dikeluarkan pada 10 September 2019.


Layari : Aksiz untuk pelbagai info permainan video


Norlida Ishak Shop