Expired : 18.06.18

ECRL: PH suka u-turn, sekali dengan rakyat KL kena u-turn


Oleh Siti Fatimah Ishak


BANGI, 7 Syaaban 1440H, Sabtu – Datuk Seri Najib Razak pelik sehingga hari ini, kerajaan Pakatan Harapan masih menuding jari kepada Barisan Nasional (BN) kerana hibah Tabung Haji paling rendah dalam sejarah negara.


“Mereka masih tuduh BN telah gagal untuk mengurus TH. Tetapi realitinya aset bersih TH telah naik 3.5 kali ganda dari RM21.1 bilion pada akhir 2008 kepada RM74 bilion pada akhir tahun 2017.


“Realitinya ialah purata hibah dan hibah haji tahunan selama 9 tahun ini adalah 6.75 peratus. Realitinya tempoh 9 tahun ini, TH telah membantu ratusan ribu umat Islam untuk selamat menunaikan Ibadah Haji,” katanya.


Bekas perdana menteri berkata, Tabung Haji di bawah BN dahulu telah mencapai visi dan misi utama untuk memperkasakan ekonomi Ummah serta memudah dan menyempurnakan urusan jemaah ke arah Haji Mabrur.


“PH boleh cuba tai-chi atau tuduh macam-macam tetapi ini adalah realiti yang tidak dapat dinafikan,” katanya.


—————————————————————————————————–


Dalam kenyataan berasingan, Najib menempelak Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran apabila sekali lagi mengeluarkan kata-kata berbaur rasis di atas pentas ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau.


Lebih malang, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pemimpin utama DAP cuba mempertahankan diri dengan menafikannya, walaupun ada bukti rakaman video.


“Langkah menteri ini serupa dengan apa yang berlaku pada pertengahan tahun lepas, di mana satu lagi klip video menunjukkan beliau telah mengeluarkan kata-kata rasis dan berbaur hasutan.


“Pada mulanya beliau juga cuba menafikan dengan mendakwa beliau difitnah tetapi akhirnya terpaksa memohon maaf juga dua hari kemudian,” kata Najib.


——————————————————————————————————


Selain itu, pemimpin UMNO itu berkata, matlamat BN untuk memendekkan masa perjalanan kurang empat jam dari Gombak di ibu kota ke Kota Bharu, berbanding purata tujuh jam melalui jalan raya biasa, tidak lagi tercapai selepas kerajaan mengumumkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang baharu.


Malah, katanya, matlamat untuk membenarkan mereka yang ingin duduk di Bentong atau Mentakab, tetapi bekerja di Kuala Lumpur dengan menaiki ECRL setiap hari juga, tidak akan tercapai lagi.


“Sekarang, ECRL tidak akan sampai ke ibu kota lagi kerana jajaran telah ditukar. Stesen Bentong dan Gombak telah dihapuskan.


“PH tidak lagi akan membina beberapa terowong dan jambatan termasuk terowong terpanjang yang saya sebut itu untuk mengurangkan kos dari RM55 bilion ke RM44 bilion. PH suka u-turn. Maka PH pun memaksa rakyat KL buat u-turn besar jika mahu ke Pantai Timur.


“Mungkin PH ada fobia bina terowong kot. Sekarang, stesen ECRL terdekat ke Kuala Lumpur ada di Bangi dan Putrajaya. Ini bermakna penduduk Kuala Lumpur perlu menghala ke selatan sebelum menaiki keretapi ECRL di Bangi atau Putrajaya untuk ke utara,” katanya.


Semalam, kerajaan mengumumkan projek ECRL akan diteruskan dengan kos pembinaan sebanyak RM44 bilion, berkurangan RM21.5 bilion daripada nilai asal RM65.5 bilion.


Pengurangan kos itu dicapai selepas Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memeterai Perjanjian Tambahan (SA) dengan China Communications Construction Company Ltd (CCCC).


The post ECRL: PH suka u-turn, sekali dengan rakyat KL kena u-turn appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop