Expired : 18.06.18

Ekspo tatu: Raja Permaisuri Agong terkejut

BANGI, 5 Rabiulakhir 1441H, Isnin – Ekspo Tatu Malaysia 2019 yang berakhir semalam telah menggemparkan ramai pihak.


Ini ekoran tindakan pihak penganjur memperagakan beberapa orang model bertatu berpakaian tidak senonoh bagi mempromosikan pameran berkenaan.


Tidak ketinggalan menyatakan rasa terkejut adalah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menyifatkan perkara berkenaan sebagai tidak bermoral.


Dalam satu ciapan di Twitter rasminya, Tunku Azizah mempersoalkan tindakan penganjuran acara itu.


“Allahuakbar..apa nak jadi ni!” titah baginda dalam entri petang tadi.


Setakat ini, ciapan Tunku Azizah mendapat perhatian pengikut baginda termasuk 365 menurunkan komen, sementara 7,700 pengikut mengulang ciapan, manakala 13,000 pengikut lain menurunkan tanda ‘like’.


Ekspo Tatu Malaysia 2019 diadakan dari 29 November hingga 1 Disember 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).


Acara berkenaan berjaya menghimpunkan peserta dari 35 negara.


The post Ekspo tatu: Raja Permaisuri Agong terkejut appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop