Expired : 18.06.18

Elak Bayar Tol, Netizen Cari Honda Jazz Langgar Kereta Pelumba Negara

Di setiap persimpangan tol, pasti ada sahaja kenderaan yang ‘mengelat’ untuk membayar tol. Caranya? Mereka akan ikut rapat kereta hadapan dan cuba keluar sebelum palang kembali turun.


Mereka ingat boleh terlepas selamanya tetapi tidak bagi pemandu kereta Honda Jazz ini. Lebih ‘parah’ apabila kereta yang dilanggarnya itu adalah milik pelumba rally dan gymkhana negara, Shazmie Ilias.



Shazmie berkongsikan rakaman dash cam insiden tersebut di laman Facebook miliknya. Shazmie berkata beliau sudah membuat laporan polis terhadap kes tersebut.




1. Tak ada RFID2. Bawa macam haram3. Langgar belakang4. Lari5. Aku tau ko sape6. #ru76277. #pdrmDashcam:IROAD DASH CAMUpdate 20:00hrs:Report polis sudah dibuat


Posted by Shazmie Ilias on Monday, 7 October 2019




“Kejadian ini berlaku di Tol Elmina lebuhraya Guthrie. Kenapa tidak kejar? Kerana saya fikir panjang. Buat apa kejar kerana ianya boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Jadi, saya terus buat laporan polis sahaja tentang insiden ini,” kata Shazmie.


Walaupun kereta milik Shazmie tidak mengalami kerosakan yang teruk, tetapi Shazmie berharap pemilik kenderaan Honda Jazz tersebut dapat memunculkan diri dan bertemu dengannnya.


“Buat masa ini, tuan punya kereta masih belum hubungi saya. Tetapi seandainya beliau melihat video ini, saya harap beliau dapat berbuat demikian dan kita settle elok-elok kes ini,” tambah Shazmie. Rata-rata netizen mengecam perbuatan pemandu Honda Jazz berkenaan dan mahu pemandu berkenaan dikenakan tindakan.


Buat anda yang culas dalam membuat bayaran tol, harap boleh dijadikan video ini sebagai iktibar. Anda cuma akan menyusahkan pengguna lain sahaja dengan tindakan mementingkan diri tersebut.


Tahukah anda Waze sudah mula memaparkan kadar tol di lebuhraya untuk kemudahan anda? Anda boleh baca lagi di bawah.



Waze Mula Memaparkan Kadar Tol Untuk Memudahkan Pengguna





16 Langkah Buat Tuntutan Insuran Bila Kereta Anda Kemalangan




Norlida Ishak Shop