Expired : 18.06.18

Elfira Loy Mahu Ajar Anak Makan Sendiri

Satu anugerah terindah yang tidak ternilai dipenuhi dengan kebahagiaan apabila bergelar ibu dan semestinya pelakon Elfira Loy pasti menginginkan yang terbaik buat putera sulungnya, Muhammad Rayyan Khalaf.


elfira loy ajar anak makan sendiri


Sering berkongsi perkembangan terkini anaknya di Instagram, Elfira memberitahu dia sebolehnya mahu mendidik anaknya itu makan sendiri meskipun usia Rayyan baru sahaja mencecah 6 bulan.


Elfira berkata, dia tidak kisah untuk mengemas setiap hari asalkan Rayyan membesar menjadi seorang anak yang bijak dan soleh.


elfira loy ajar anak makan sendiri


Perkongsian Elfira itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji wajah Rayyan semakin comel. Tentunya apabila besar nanti, dia pasti akan lebih kacak.


Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 selepas beberapa bulan berkenalan. Mereka menimang cahaya mata sulung pada 1 Oktober 2019.