Expired : 18.06.18

Elok saman saja media degil sebagai pengajaran

DI dalam kenyataan media beliau malam tadi, YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), menegaskan beliau “tidak pernah menyebut Tabung #MUSAADAHCOVID19 khusus untuk muslim” dan “meminta pihak Malay Mail membetulkan kenyataan tersebut dan membuat permohonan maaf atas hal ini”.


Ekoran itu, Malay Mail nampaknya:


(1) Menukar tajuk beritanya dari “JAKIM launches Covid-19 fund to Malaysia’s Muslims in need” (“JAKIM lancar Tabung Covid-19 untuk bantu umat Islam Malaysia yang memerlukan”) menjadi “JAKIM launches Covid-19 fund to help those in need” (“JAKIM lancar Tabung Covid-19 untuk bantu mereka yang memerlukan”).


(2) Mengekalkan ayat pertama di dalam isi beritanya berbunyi “JAKIM has launched a fund to help Muslim communities affected by the Covid-19 outbreak” (“JAKIM telah melancarkan satu tabung untuk membantu umat Islam yang terjejas oleh wabak Covid-19”).


(3) Mengekalkan ayat kedua di dalam isi beritanya berbunyi “In a press conference today, Minister in the Prime Minister’s Department (Religious Affairs) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri said the government will channel the collections to Muslims in need” (“Dalam satu sidang akhbar hari ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata kerajaan akan menyalurkan kutipan itu kepada umat Islam yang memerlukan”).


(4) Langsung tidak “membuat permohonan maaf atas hal ini”.


Ekoran itu juga, Malay Mail menyiarkan kenyataan terbaru YB Senator Datuk Dr Zulkifli ini di bawah tajuk “Minister clarifies Covid-19 fund for everyone in need, not just Muslims” (“Menteri jelaskan dana Covid-19 untuk semua yang memerlukan, bukan hanya umat Islam”).


Bagaimanapun isi beritanya masih mengekalkan laporan asal Malay Mail sebelum ini dengan memasukkan ayat berbunyi “Earlier today, the minister in the Prime Minister’s Department launched the fund and said the government will channel the collections to Muslims in need” (Terdahulu hari ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri melancarkan dana itu dan berkata kerajaan akan menyalurkan kutipan itu kepada umat Islam yang memerlukan”).


Apa guna tukar tajuk berita kalau isi berita yang menyeleweng masih dikekalkan?


Dan mengapa terlalu ego hingga tidak mahu mengaku silap dan memohon maaf?


Rasanya elok sekali kalau media yang degil disaman saja sebagai pengajaran.


Dr Kamarul Zaman Yusoff


Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net. Artikel ini telah disiarkan lebih awal di Facebook Dr Kamarul Yusoff.


The post Elok saman saja media degil sebagai pengajaran appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.