Expired : 18.06.18

Elon Musk Terkejut Cermin Trak Kalis Peluru Retak Semasa Pelancaran

Umum tahu Elon Musk serta syarikat automotif yang diasasnya iaitu Tesla seringkali hadir dengan inovasi terbaru dan futuristik yang berjaya membuatkan orang ramai teruja.


Pada minggu ini, Elon Musk secara rasmi telah melancarkan trak pertama daripada Tesla iaitu Tesla Cybertruck. Diinspirasikan daripada konsep cyberpunk, trak ini hadir dengan rekaan dan bentuk yang unik sekaligus berjaya menarik perhatian ramai.



1000x-1


Lebih mengujakan, konsep Tesla yang mengutamakan kenderaan elektrik masih lagi dikekalkan dimana Tesla Cybertruck mampu bergerak sejauh 800km untuk satu pengecasan penuh.


Kejadian yang tidak disangka ramai mulai berlaku apabila Elon Musk mengesahkan Tesla Cybertruck turut hadir dengan fungsi kalis peluru sekaligus memulakan demo untuk mengujinya.


191122092415-01-tesla-cybertruck-musk-1121-exlarge-169 (1)

Reaksi Elon Musk selepas cermin Tesla Cybertruck retak. Sumber: CNN



Siapa sangka, cermin Tesla Cybertruck yang disangka tidak memberi sebarang kesan terus retak dengan banyak sebaik sahaja sebuah objek dilemparkan sekaligus membuatkan mimik muka Elon Musk sedikit berbeza.


Walau bagaimanapun, beliau dilihat masih lagi cool meneruskan majlis dalam menerangkan ciri-ciri yang tersedia pada Tesla Cybertruck. Model ini mulai ditawarkan pada harga serendah $39,900 (~RM166,466.79) dan bakal mula ditawarkan buat pengguna seawal 2021.


Sebelum ini, Tesla pernah disaman setelah teknologi pandu sendiri yang dibangunkan telah mengakibatkan kemalangan. Turut dikongsikan, inovasi anak muda yang berjaya mengubah suai kereta Myvi dengan konsep seakan ‘Tesla’.



Tesla Disaman Setelah Teknologi Pandu Sendiri Mengakibatkan Kemalangan





Lelaki Berusia 21 Tahun Ini Berjaya Mengubah Suai Kereta Myvi Dengan Konsep ‘Tesla’




Norlida Ishak Shop