Expired : 18.06.18

Emoji Kitchen Pada Gboard Menggabungkan Emoji Menjadi Pelekat Untuk Aplikasi Media Sosial

Saban tahun ratusan emoji baharu akan diperkenalkan oleh Unicode. Namun begitu kami yakin masih terdapat banyak emoji yang masih belum dihasilkan seperti durian misalnya. Bagi memudahkan lebih banyak emoji digunakan pada media sosial, Google memperkenalkan fungsi ciri Emoji Kitchen pada aplikasi Gboard.


Apabila butang emoji ditekan dalam Gboard, aplikasi akan memberikan sarana emoji baharu yang dihasilkan menggunakan dua emoji sedia ada. Hasilnya ialah pelekat emoji baharu yang tidak disokong oleh Unicode tetapi boleh digunakan pada aplikasi seperti Gmail, Messages, Messenger, Snapchat, Telegram, WhatsApp, dan banyak lagi. Pada waktu ini Emoji Kitchen hanya diberikan pada Gboard versi Android.