Expired : 18.06.18

Enam Kereta Lamborghini Huracan Disita Jabatan Kastam Malaysia

Siapa sangka di Malaysia juga berlaku sindiket pemalsuan dan penyelewengan dokumen pengimportan melibatkan kereta mewah melibatkan enam buah Lamborghini Huracan.


Menurut laporan, sebanyak 21 kereta telah disita Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Antara model kereta mewah lain yang dirampas adalah tujuh Toyota Vellfire, empat Toyota Estima, dua buah Mercedes Benz CLS350, BMW525i dan Toyota Alphard.



Kesemua kereta mewah ini telah disita oleh pasukan anggota dan pegawai JKDM di KLIA melalui serbuan berasingan di dua buah syarikat pengimportan kenderaan di Shah Alam, Selangor pada 29 Mei lalu. Berdasarkan hasil sitaan, dianggarkan kesemua kereta ini bernilai RM12.2 juta termasuk duti dan cukai.


Used-2017-Lamborghini-Huracan-LP-580-2

Sumber: tactical Fleet



Mercedes-Benz_CLS_350_BlueEFFICIENCY_Edition_1_(C_218)_–_Frontansicht_(2),_16._April_2011,_Düsseldorf (1)

Sumber: wikipedia



Gagal mempamerkan Lesen Import yang semasa impot membuatkan kereta ini disita. Selain itu, siasatan juga mendapati dua syarikat berkenaan cuba menyeleweng dokumen dengna mengikrar tarikh pengilangan yang tidak benar serta usia kereta yang palsu.


Berdasarkan siasatan, kereta Lamborghini tersebut adalah pada 2016 dan 2017 manakala syarikat tersebut telah menyeleweng dokumen dengan memalsukan tarikh keluaran antara 2012 hingga 2014. Penyelewengan ini dibuat bagi mengelakkan pembayaran cukai yang tinggi.


Pihak JKDM turut menyeru orang ramai untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat sekiranya terdapat aktiviti melibatkan penyeludupan dadah serta barangan-barangan lain seperti kereta, rokok, minuman keras dan mercun ke Talian Bebas Tol Kastam. Anda boleh tonton video dibawah untuk melihat kereta yang dirampas JKDM.


Untuk pengetahuan anda, bukan sahaja kereta yang dirampas pihak berkuasa. Sebelum ini terdapat beberapa lagi barangan dan haiwan lain yang dirampas. Klik pautan dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.



Penyu Dan Kura-Kura Bernilai RM354,612 Dirampas Kastam Filipina





Lebih 1,000 Barangan Adidas ‘Copy Ori’ Bernilai RM170,000 Dirampas Di Pusat Beli Belah Seremban





Chanel Ciplak Dirampas Di Bukit Bintang




Norlida Ishak Shop