Expired : 18.06.18

Ernie Berani Janji Tak Akan Nyanyi Lagu Misteri Tahun Ini… Apa Motif?

Penyanyi Ernie Zakri mempertahankan pendiriannya sebelum untuk tidak menyanyikan single terdahulunya, Misteri seperti yang pernah dinyatakan sebelum ini. 


Katanya kepada MH, dia tidak akan menyanyikan lagu tersebut sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun. 


“Saya mahu buka buku baru dan memandang ke hadapan. Memang kalau nak diikutkan, lagu tersebut saya sayang, tetapi rezeki tidak berpihak pada saya,” terangnya. 


Ernie bagaimanapun mendedahkan, dia tidak mempunyai unsur dendam, sebaliknya hanya mahu memandang ke hadapan. 


“Apabila bercakap mengenai move on, jadi saya betul-betul kena move on. Tidak lagi boleh memandang ke belakang.


“Jadi untuk tempoh tahun ini, saya berani berjanji tidak akan menyanyikan lagu berkenaan,” akui Ernie meski tidak menafikan masih ada permintaan untuk mempersembahkan lagu tersebut. 


Pada masa sama, penyanyi berusia 26 tahun itu turut memberitahu, dia perlu tekad dengan keputusan yang dibuat dan dia perlu reda. 



“Memanglah berat tapi mahu tidak mahu, saya kena reda memandangkan banyak lagi lagu yang boleh dinyanyikan.


“Pada masa sama, masih besar peluang pada masa depan, InsyaAllah,” kongsi Ernie berhubung lagu ciptaan Gouffran dan Sang Hitam itu. 


Terdahulu, Ernie ditemui pada sidang media Minggu Setiausaha An Afternoon of Elegance with Syamel & Ernie Zakrie – When Hearts Needs A Beat  yang bakal diadakan Hotel Marriot Putrajaya 24 April depan.



Turut sama bergandingan dengan penyanyi terbabit untuk persembahan istimewa itu ialah Syamel. 


Kontroversi Misteri mulai tercetus apbila lagu tersebut gagal mara di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-33 tahun lalu. 


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop