v Erra Fazira Dedah Mahu Cari Calon Suami Boleh Mengaji Al-Quran Bersama-Sama
Expired : 18.06.18

Erra Fazira Dedah Mahu Cari Calon Suami Boleh Mengaji Al-Quran Bersama-Sama

Akui di usia kini lebih memberikan prioriti kepada anak perempuannya, Engku Aleesya, pelakon Erra Fazira langsung tidak menolak seadainya jodoh tiba pada masa sama.

erra fazira

Menurut Erra, selain matang dari segi pemikiran, beliau juga dikhabarkan mahukan calon suami yang boleh membimbingnya ke jalan yang benar.

“Sama seperti kematangan usia pun, saya mahukan calon suami yang boleh bersama-sama mengejar dunia dan akhir seiring. Ada masanya bekerja bersama-sama dan ada ketikanya boleh mengaji al-Quran serta beribadah bersama-sama.”

Ujar Erra, beliau sentiasa mahu mencari pasangan yang bukan dalam kelompok penggiat seni namun sering berjodohan dengan yang sebaliknya.

erra fazira

Untuk rekod, Erra sebelum ini pernah diijabkabulkan dengan penyanyi dan pelakon Yusry Abdul Halim pada Jun 2003, namun jodoh tidak berpanjangan, rumah tangga pasangan ini disahkan hanya bertahan selama tiga tahun sahaja.

Biarpun begitu, Erra kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007, namun episod duka bagai berulang kembali apabila kedua-dua mereka memutuskan untuk bercerai pada 2014.

Hasil perkahwinan itu, Erra dikurniakan seorang cahaya mata bernama Engku Aleesya yang kini berusia 11 tahun.