Expired : 18.06.18

ESPRIT BAKAL ‘CLOSE DOWN’ SEMUA CAWANGAN DI MALAYSIA

Pandemik COVID-19 ternyata cukup serius. Selain meragut puluhan ribu nyawa, perniagaan dan ekonomi juga boleh lumpuh dek penangan virus ini. Tidak terkecuali perniagaan dan jenama pakaian antarabangsa, apabila Esprit mengumumkan akan menutup semua cawangannya di Malaysia serta beberapa buah negara lain Asia (kecuali China) dalam usaha menangani cabaran perniagaan akibat COVID-19.



Khabarnya, selain Malaysia Esprit bakal menutup 56 butiknya di Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Macau menjelang Jun ini. Keputusan tersebut dibuat selepas kesemua cawangan ini hanya menyumbang 4 peratus daripada pendapatan global syarikat tersebut seterusnya melihatkan trend kerugian yang semakin jelas. Menurut Ketua Eksekutif Esprit Group, Anders Kristiansen “Semua industri terjejas ekoran krisis kesihatan global ini. Kami mula merasai kesannya di Asia dan Eropah, di mana kebanyakan butik kami ditutup. Ini adalah sebahagian daripada inisiatif penstrukturan semula syarikat tersebut dalam menghadapi pandemik COVID-19″.



Esprit diasaskan oleh Susie dan Doug Tompkins (pengasas jenama The North Face) pada tahun 1968 di San Francisco, California. Logo ikonik Esprit telah dihasilkan oleh John Casado pada tahun 1979 dan kekal digunakan sehingga ke hari ini. Penggunaan tiga bar untuk abjad ‘E’ menjadikan logo Esprit antara logo paling dikenali di seluruh dunia. So long Esprit. 


The post ESPRIT BAKAL ‘CLOSE DOWN’ SEMUA CAWANGAN DI MALAYSIA appeared first on Glam Lelaki.